top of page
Writer's picturepantunandstuffs

Pantun Pop Quiz #2

How to write a pantun correctly?

Easy answer: D

Not-so-easy answer: Semua boleh. (All are correct!!)


What? Why you so surprised pulak? I did say in the last post that most of the time there won't be simply one right answer.


This question concern not on how to construct a correct pantun, but on how to write down a pantun.


Pantun has been traditionally an oral tradition. Oral tradition ni, maksudnya orang dulu berpantun tak pakai nak tulis-tulis semua ni, fikir terus dalam kepala, cakap terus. Yang mendengar pantun pun tiadanya nak tulis-tulis bagai ni, kalau yang dengar nak simpan, hafal.


Penulisan bukan sesuatu yang mudah dapat dulu. Memang ada kegiatan penulisan/penyalinan, tapi agak khusus fungsinya. Only certain people of certain classes have the means to do that. Tapi makin lama, dengan pengaruh ilmu dari dunia luar datang, dari tamadun Islamnya, dari eropahnya, beserta dengan perkembangan teknologi pembuatan bahan penulisan seperti kertas dan dakwat semua tu, penulisan menjadi sesuatu yang diangkat.


Dari sini ada peralihan (more like an addition instead of transformation) daripada budaya lisan (oral culture) kepada budaya tulisan (literate culture). Sekarang rata-rata semua mampu menulis (kenal huruf, boleh dapatkan kertas, pen dan pensil, atau menulis secara atas talian melalui media elektronik/sosial).


Kalau dilihat semula pun, yang gigih mula-mula kumpulkan puisi-puisi tradisional ni Winstedt, Wilkinson dan rakan-rakan. Yang kemudiannya jadi lebih jelas kepada ahli sastera tempatan masa tu untuk turut mengangkat tradisi yang berfaedah ini.


And now, we can have it recorded, in written form, conserved and transferred from generation to generation. Still upholding the old days' tradition, but instead of solely surviving on the oral tradition, we also embrace the literate tradition. Orang kata, biar sesuai dengan perkembangan zaman.


Mengenai huraian kaedah menyalin pantun pula, ada kita sentuh sedikit dalam artikel sebelum ini "On How to Write Pantun".


Rumusannya mudah, boleh pilih mana-mana gaya yang anda suka/gemar dalam menyalin pantun. Yang penting perlu diingat ialah penulisan ini dilakukan supaya lebih mudah untuk kita rujuk. Kalau boleh sekilas pandang kita dah boleh tahu macam-macam yang perlu diketahui.


Kalau yang disalin tu menjadi lebih susah dibaca dan dihadam, baik hafalkan sahaja, tak perlu tulis-tulis ni.


Jadi dalam memilih gaya penyalinan tu, ambil kira visual yang pembaca akan dapat. Dalam dunia akademia pun, banyak sahaja cara penyalinan pantun ni, termasuklah menyalin pantun seperti ayat biasa (pilihan A).


Yang ini biasanya dilakukan dalam situasi penulis mahu membincangkan pantun. Rupa dan struktur tidak berapa dipentingkan. Yang penting apa terkandung. lagi pula, cara ini jimat ruang, jimat kertas. Kalau pantun 10 kerat tu boleh cuba muat dalam 4 baris, kalau nak ikut gaya D mahu makan 10 baris. Memang kertas murah.


Dan kadang-kadang, untuk memberi beza sikit pantun ini dari ayat biasa, setiap kerat (baris, line) diletak tanda pemisah seperti tanda baris miring (/) supaya sekilas pandang dalam perenggan yang padat tu pembaca boleh tahu, "Oh, ini pantun yang dijadikan contoh, bukan sebahagian dari wacana perbincangan." Ni contoh, takdelah orang nak fikir macam tu dalam hati, skema sangat.


Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah / Gunung Daik bercabang tiga / Hancur badan dikandung tanah / Budi yang baik dikenang juga.


Contoh di atas lebih jelas yang ini pantun, bukan ayat-ayat biasa dalam sesuatu karangan misalnya.


Pilihan B, C dan D ni apa ceritanya pula?


Yang ni jenis yang hendak jaga rupa dan struktur pantun tu (berangkap, ada baris-barisnya, separuh yang awal pembayang, separuh yang hujung maksud). Dalam bentuk ini lebih mudah orang kira ini pantun berapa kerat? Ada rima hujung atau tidak? Pembayang mana? Maksud mana?


Yang membezakannya, B tidak menggunakan sebarang jarak engsot (indentation). Semua baris mulanya pada titik yang sama, baris sahaja berbeza.


Antara C dan D pula, C mengengsotkan keseluruhan maksud ke kanan sedikit berbanding pembayang. Tujuannya untuk memudahkan pembaca nampak jelas mana pembayang, mana maksud.


D pula gayanya sedikit kreatif. Saya sendiri kurang pasti siapa yang mula-mula mencadangkan penyalinan pantun dalam gaya ini, tapi memang dari dulu sudah wujud.


Mula dengan baris pertama iaitu mulanya pembayang, baris seterusnya dijarakkan ke kanan sedikit, dan beginilah yang dilakukan terhadap baris-baris pembayang seterusnya. Sehingga habis pembayang, datang pula baris pertama maksud, dimulakan semula pada permulaan jarak sama seperti baris pertama pembayang tadi, dan seterusnya dijarakkan ke kanan sama seperti baris kedua pembayang tadi, dan seterusnyalah sehingga habis pantun.


Sesungguhnya aku gigih untuk describe benda ni.


Jadinya, kalau pantun 4 kerat nampaklah mudah, selang seli je. Tapi, kalau lebih dari 4 kerat, contohnya pantun 8 kerat, bukan jadi selang-seli macam ni

Permata jatuh ke rumput. Jatuh ke rumput berbilang-bilang. Ditempuh dilanda jangan. Rumput pahit bersela-sela. Dari mata tidaklah luput. Di hati tak mahu hilang. Siang menjadi angan-angan. Malam menjadi mimpi pula.

tetapi jadinya begini

Permata jatuh ke rumput. Jatuh ke rumput berbilang-bilang. Ditempuh dilanda jangan. Rumput pahit bersela-sela. Dari mata tidaklah luput. Di hati tak mahu hilang. Siang menjadi angan-angan. Malam menjadi mimpi pula.

Nampak tak. Gaya ni lebih jelas jodohnya antara baris pembayang dengan baris maksudnya yang berpasangan/bersepadan dengannya. Baris mana yang titik mulanya sama tu, itulah baris yang berpasangan/sepadan (corresponding).


Jadi, kalau banding dengan C, tak perlulah nak kira satu-satu baris pembayang dan baris maksud untuk tengok mana yang berpasangan.


Dan sebab ini, D lah yang saya gemar. Here I use the term prefer, because to say that this is the correct one, won't be too correct.


So there you go guys. Which is the correct way to write down a pantun? Well, you decide. As long as it will ease reading, why not?


Till then.


P/S: Sekejap melayu, sekejap English. Kau sabar je la. Untuk disclaimer, sila rujuk pautan ini.


80 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page