Which pembayang is the correct one?
Easy answer: A) Suratkan saya kertas biru
Not-so-easy answer: Semua boleh. (All are correct!!)
Masih surprised? Ada kata peribahasa, sekali terkena, dua kali tahu, tiga kali jera. Dalam dua post terdahulu, Pantun Pop Quiz #1 dan Pantun Pop Quiz #2, pattern jawapan memang macam ni, dan sebenarnya, kita susah untuk benar-benar katakan yang pantun ni, ada satu tu je jawapan betul.
Ini antara jawapan yang kami terima,
Rata-rata memilih A sebagai jawapannya. Ada juga yang memilih pilihan lain. Dan ada seorang dengan yakin mencadangkan jawapan lain daripada empat pilihan yang diberi.
Kenapa semua boleh jadi betul?
Sebab pantun ni asalnya tradisi lisan, dan pantun ni dicipta mengikut kebiasaan, dan kehendak seseorang. Manusia ni pula pelbagai. Jadi, ada yang jika dengar pantun, dia simpan, dia simpan betul-betul (lafaz dan makna dia jaga).
Ada pula yang hanya simpan makna dengan rima hujung. Itu pun, jika diolah semula pantun tersebut, asalkan rima hujungnya sama, tak mengapalah. Pantun tu banginya membawa maksud yang sama.
Some may argue that if this was done to a pantun, it can’t be considered as the same pantun. Well, if one was to look at the surface, the pantun and the variations (as long as the meaning is the same) is just one pantun.
Sebab pantun ni tarafnya bukan seperti ayat al-Quran atau hadis.
Jadi, jawapan seperti ini
E) Suratkan saya kertas yang biru
Walaupun tiada dalam pilihan, boleh diterima. Sebab pertama, baris ni tak langgar syarat pantun tu. Rima dijaga. Malah, jumlah suku kata baris pembayang yang dicadangkan ni sama dengan jumlah suku kata baris maksud pasangannya. Lagilah molek.
Untuk imbas kembali mengenai kaitan jumlah suku kata pantun dalam binaan pantun, boleh rujuk post ini.
Untuk memudahkan penerimaan, di sini kami salinkan pantun-pantun yang ada dalam korpus yang kami petik untuk hasilkan pop quiz ni.
Keempat-empat pantun ini, dia macam pusing-pusing je sebenarnya, tapi apa yang nak disampaikan lebih kurang sama. Baris Pembayang
Perbezaannya yang pertama adalah pada penggunaan abang atau tuan. Tapi ni dikira pilihan penggunaan kata ganti nama diri atau sapaan. Mungkin kita akan dedikasikan satu entri khas untuk bualkan lebih lanjut mengnai perkara ini.
Tetapi mudahnya begini, jika dalam serangkap tu dah mula guna abang, kena consistent guna abang sampai habis pantun. Jangan baris pertama kau panggil orang tu abang, baris kedua adik. Bukankah dah jadi unsur syubhah dalam pantun tu nanti?
Contohnya yang di bawah ini, yang juga turut diambil dari korpus (bukan aku pandai-pandai buat, ini wujud, DBP dah seal)
Kalau abang pandai menyurat, Suratkan daku kertas biru, Kalau abang pandai mengubat, Ubatkan daku hati yang rindu
Pemantun kali ini membahasakan dirinya ‘daku’. Jadi pada keseluruhan pantun tu, pemantun gunakan ‘daku’. Kalau baris kedua dah guna ‘daku’, tiba-tiba baris keempat guna ‘saya’. Maksud sama. Salah tak? Takdelah salah, boleh je, cuma kurang molek pantunnya.
In fact, I gonna go as far as to assert that in this pantun, if the pemantun suddenly used ‘aku’ (a diminished form of ‘daku’), though it won’t change the meaning and the rhyme, it will be a bit less perfect in construction.
Tapi ini persoalan preference.
Jadi, soal sapaan tu kita letak tepi dulu. Kira settle for now. Kau nak guna abang ke, tuan ke, adik ke, beruang pun boleh. Guna je.
Dalam kesemua lima pantun di atas, pemantun bertanyakan sama ada orang yang pantunnya ini ditujukan ini “pandai menyurat” atau tidak. Pandai menyurat di sini, macam tak perlu nak kupas lanjut kot. Boleh tulis atau tak, serta mampu menghasilkan penulisan. Dahulu zaman tak semua kenal huruf, yang ni kita kena faham.
Dan zaman dulu, memang komunikasi berjarak dan untuk disimpan tu memang dalam bentuk surat-menyurat. Sekarang ada WhatsApp, Telegram, dll. Jadi, sebab pantun ni bergerak dengan zaman, boleh sahaja jika ada yang mahu menghasilkan pembayang seperti
Jika abang ada data, Hantarkan saya Telegram yang biru;
Lepas tu, kau pandai-pandailah adjust maksud tu nak buat macam mana.
Pembayang ni menggambarkan kehidupan masyarakat, so zaman kelima-lima pantun ni terhasil, masyarakat masih faham konsep surat-menyurat. Ini refleksi pengamatan pemantun terhadap kehidupan dan budaya setempatnya.
Sudah dia tanya boleh atau tidak orang yang dituju tu menyurat, pemantun meminta orang yang dituju itu untuk menyurat atas kertas biru.
Okay, yang ni mungkin akan jadi panjang.
Pertama sekali, selalu kita faham yang dimaksudkan dalam pantun ini ialah kirimkan surat. Tapi boleh sahaja maksudnya tu bukan berkirim surat, boleh sahaja pemantun tu kira meminta jasa baik orang yang dituju ini untuk menuliskan sesuatu untuknya, atas kertas biru. Either way, sangat sweet la this pair, macam “Awak, awak pandai menulis tak, tuliskan saya something (surat, misalnya)” atau “Awak, awak kan pandai tulis, kirimlah saya surat. Boleh la tayang kat jiran dan ahli keluarga saya ni takdelah sendu sangat.”
Konsep!
Sebab untuk katakan terus yang dimaksudkan pemantun supaya orang yang dituju tu kirimkan surat kepadanya, boleh, tapi tiadalah dinyatakan terang-terang dalam pembayang tersebut tentang perkiriman surat. Yes, pemantun guna ‘suratkan’, tapi penggunaan kata kerja suratkan ini membawa maksud menulis untuk, bukan terhad kepada pekerjaan menulis surat (letter).
Di sini kita salinkan contoh ayat penggunaan kata kerja suratkan dan rakan-rakannya
suratkan hamba cerita ini - maksudnya tuliskan
dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya - maksudnya catatkan/tuliskan dahulu
maka disuruhlah Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas sekah dirham-nya - maksudnya pun tuliskan, see, taik perlu atas kertas pun sebenarnya
Tetapi, maksud berkirim surat ini kita terima juga, sebagai makna tersirat dari permintaan menuliskan sesuatu ini. So chill. Jangan gaduh-gaduh. Ni bukan SPM.
Belum habis.
Kedua untuk dibincangkan adalah cara perbuatan itu diminta. Dalam setiap pantun, cara permohonan/rayuan/ajakan pemantun itu berbeza.
Pantun pertama tu, pemantun minta terus dituliskan sesuatu untuknya. Permintaan ini agak direct sebenarnya. Ada berbaur arahan pun ada sebenarnya, tapi dalam bentuk yang santun (bergantung juga kepada intonasi pemantun).
Pantun yang kedua, pemantun meletakkan kata ‘mari’. Mari di sini mudahnya seperti ‘jom’, sejenis ajakan. Bukan sekadar arahan.
Pantun yang ketiga lagi berkias, pemantun guna perkataan ‘cuba’ (try). Dia kalau dalam English tu, kalau nak orang buat sesuatu tu, kita start “Why not you write for me something on this blue paper?”.
Pantun yang keempat nampak sama dengan yang pertama. Tetapi jika yang pertama pemantun minta dituliskan sesuatu untuknya, yang keempat ini pemantun menyatakan secara lebih terang untuk tulisan itu dibuat “di kertas biru”.
Untuk pantun yang kelima kita ambil sama dengan penerangan yang pertama.
Belum habis lagi.
Ketiga untuk dibincangkan mengenai baris kedua ni, ialah ‘kertas biru’. Banyak kertas bernama kertas, kertas biru juga kau mintak ya Peah? Kenapa kertas biru? Perkara ini kita dibincangkan asing dalam entri "Suratkan Saya Kertas Biru". Ikut pautan ke entri tersebut.
Baris Maksud
Kita pergi pula ke baris maksud (baris ke-3 dan ke-4). Bahagian maksud ini ialah gema (echoe) bagi pembayang tadi. Dalam pembayang pemantun tanya sama ada yang ditujukannya pantun itu boleh menurat atau tidak, dan jika boleh pemantun minta tuliskan sesuatu untuknya.
Dalam maksud, bentuk pertanyaan dan permintaan ini diulang. Tapi yang ditanyakan adalah sama ada orang yang dituju ni boleh mengubat (merawat, menjadikan pulih, baik dan lebih sihat) atau tidak, dan jika boleh, pemantun meminta untuk ubatkan hantinya yang rindu.
Sweet ke tak?
Kira pantun ni macam sejenis pick-up line orang-orang dahulu. Contoh kalau kau jumpa doktor, tanya, “Doktor, tolong rawat saya. Saya ada penyakit rindu asyik terkenang-kenangkan doktor”. Lepas tu kau ciaciacia. Lepas tu doktor tu pun macam nak layan atau tak pun dia tak tahu, macam dia takde kerja lain nak buat.
Jadi di sini kita jelas kaitan pembayang tu dengan hajat sebenar yang hendak disampaikan pemantun.
Kalau awalnya dalam pembayang disampaikan ‘cuba’, dalam maksud pun pemantun bawa kata ‘cuba’ tu dalam permintaannya.
Kalau dalam pembayang dia kata ‘mari’, ‘mari’ ni dia wujudkan semula dalam maksud.
Sebab pembayang ni fungsi dia macam bayang-bayang (shadow) kan. Kalau objek tu bulat, bayangnya mudahnya bulat.
Contoh dalam pantun yang sama ialah kata ‘kalau’ dalam baris pertama dan ke-3. Tak salah kalau nak guna ‘jika’ atau ‘jikalau’ dalam baris pertama, kemudian guna ‘kalau’ dalam baris ke-3. Sesetengah berpendapat pantun seperti ini kurang menarik. Tetapi ada juga yang berpendapat lebih baik begini kerana kurang pengulangan secara bulat-bulat.
Contoh dibawah ini kita ambil dariapada lirik lagu Seloka nyanyian Aziz Jaafar & Normadiah,
Jikalau abang menyurat, pandai menyurat, Suratkan saya lah biru, hai kertas yang biru, Kalau cik abang mengubat, pandai mengubat, Ubatkan saya lah rindu, hatiku yang rindu.
Yang jika dimudahkan menjadi
Jikalau* abang pandai menyurat, Suratkan saya kertas yang biru; Kalau cik abang pandai mengubat, Ubatkan saya hatiku yang rindu.
Penggunaan ‘jikalau’ dipilih sebab konteks pantun ini dilagukan. Pantun dalam lagu ni panjang juga untuk dibincangkan, tapi mudahnya di sini jika untuk dilagukan, pemantun yang melagukan pantun itu boleh mengubahsuai pantun itu (membuang suku kata, menambah suku kata atau mengulung frasa-frasa tertentu walaupun dalam baris sama, misalnya) untuk menyesuaikan dengan panjang muzik.
Dan tak semestinya dalam lagu, kalau berpantun biasa pun, boleh, bebas terserah kepada pemantun untuk olah pantun tu supaya akhirnya dia selesa menjual pantunnya, dan dia yakin pantun itu akan kedengaran indah.
Kalau kau olah, pantun tu jadi cacat, itu namanya tak jadi apa.
Contoh lagi satu di bawah ini pula kita salinkan untuk menunjukkan kebiasaan mengulang perkataan dalam pembayang di dalam maksud, supaya pembayang itu benar-benar kedengaran menjalankan fungsi pembayang tu.
Kalo tuan pandei manyurat, Surat kan saya kertas biru; Kalo tuan pandei mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.
Pantun di atas diambil dari Himpunan Pantun Melayu Sarawak. This pattern is quite universal in the pemantun sphere. Lagipun kaedah mengulang ini lebih memudahkan.
Sebab nak buat pantun tu, kena cepat, pantas. So kalau dah mati akal sangat, tipsnya, gunalah teknik mengulang perkataan ni. Boleh. Sedap pun sedap bunyinya.
Jadi, apa yang telah kita belajar di sini?
Pantun ni, binaannya, pemilihan perkataannya itu terserah kepada pemantun. Yang mana dia gemar, buatlah. Takdenya DBP tiba-tiba nak tangkap kau sebab suka-suka tukar perkataan. Asalkan dijaga ciri-ciri pantun tu, jadilah pantun.
Sehingga bertemu kembali.
Comments