top of page
  • Writer's picturepantunandstuffs

Pantun dalam Titah Istiadat Konvokesyen Canselor Ketiga Universiti Malaya

Ini ialah sorotan ringkas berkenaan dengan pantun-pantun yang dirakamkan dalam titah-titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (Almarhum), Canselor Ke-3 Universiti Malaya dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya.


Pantun-pantun ini diambil daripada Kompilasi Titah Istiadat Konvokesyen Canselor Ketiga Universiti Malaya: Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah terbitan Penerbit Universiti Malaya pada tahun 2017.


Kita salinkan sahaja pantun-pantun tersebut. Ulasan ringkas sahaja diletakkan dahulu. Ulasan yang lebih lanjut akan ditambah dari semasa ke semasa.


Istiadat Konvokesyen Ke-27 (3 September 1988)

Buah nanas dari siantan, Dibawa pulang ke Inderagiri, Untuk santapan putera seberang; Laksana emas bertatah intan, Semakin dipandang bertambah seri, Semakin berjauhan bertambah sayang.

Istiadat Konvokesyen Ke-28 (9 September 1989)

Petik nanas di tepi jambatan, Putus benang ikatan baldu, Terbang undan ke tanah seberang; Kalung emas bertatah intan, Semakin dikenang bertambah rindu, Semakin berjauhan bertambah sayang.

Istiadat Konvokesyen Ke-30 (26 Julai 1991)

Kalau dikerat si daun pandan, Terbanglah tempua ke rumpun padi; Setelah dapat memandang bulan, Janganlah lupa rumput di bumi.

Bila ekstrak pantun-pantunya, jadi 3 je rupanya. Tapi bukan kuantiti yang kita cari.


Pertama ialah bagaimana pantun mendapat tempat dalam satu istiadat konvokesyen yang serba-serbi formal. Fungsi pantun sebagai kiasan dalam menyampaikan pesanan jelas apabila kita ada contoh penggunaannya dalam titah. Mudahnya, pantun bukan instrumen murahan dalam kebudayaan kita. Sesuailah seperti yang diungkapkan oleh R.O. Winstedt,

“Tidak ada siapa pun yang dapat mengukur keluasan pemikiran orang Melayu tanpa memahami pantunnya.”

Penggunaan pantun ini juga ialah rakaman pemikiran DYMM Sultan Azlan Shah (Almarhum) sendiri sepanjang baginda memenuhi tanggungjawab sebagai Canselor Ke-3 UM.


Untuk lebih memahami dan untuk dapat menghargai lagi makna-makna pantun di atas, boleh rujuk buku tersebut.


Boleh dapatkan kompilasi titah edisi kulit keras (hardcover) ini di laman Penerbit UM. Boleh juga didapati dalam edisi kulit lembut (paperback).


Till then.



645 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page