Entri kali ini sepenuhnya didedikasikan kepada Irna Arifin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-sekian tahun pada 11.2.2022. Dan untuk itu, tiada tajuk yang lebih sesuai untuk kita bicarakan; bunga-bunga dalam pantun.
Bunga bahagian tumbuh-tumbuhan yang biasanya berwarna-warni dan akan menjadi buah
Bunga antara elemen yang kerap digunakan dalam pembentukan pembayang sesuai dengan tradisi pembentukan pembayang berdasarkan unsur-unsur alam. Entri kali ini kita akan membuat satu sorotan ringkas mengenai penggunaan bunga-bunga dalam pembayang-pembayang pantun. Daripada sorotan ringkas itu, kita akan bincangkan kaedah-kaedah mudah untuk membuat penilitian terhadap ragam-ragam penggunaan pantun.
Bunga juga boleh saja dijumpai atau digunakan dalam baris maksud pantun, seperti pantun yang hendak menerangkan perihal bunga-bunga tertentu atau penggunaan bunga sebagai kiasan merujuk kepada wanita misalnya. Bagi penggunaan pantun dalam maksud, kita akan bicarakan dalam entri yang lain (kalau aku ingat). Pantun-pantun yang dicedok sebagai contoh dan penelitian kita kebanyakannya datang daripada Kurik Kundi Merah Saga.
Pembayang ialah dua baris pertama dalam pantun yang sifatnya memberi bayangan kepada maksud sama ada secara menyeluruh atau tidak atau sekadar penyeri/pelengkap pantun supaya rimanya terjaga. Pembayang jika dilihat berasingan dapat menjadi satu rekod kepada pandangan/ilmu alam Melayu itu sendiri. Untuk itu, bukan satu perkara sia-sia untuk mendalami makna dan binaan pembayang apatah lagi untuk mengkajinya secara berasingan.
Yang dimaksudkan dengan rekod atau pandangan/ilmu alam Melayu ialah pembayang-pembayang ini dibina berdasarkan pengetahuan orang yang menghasilkan pantun, yang lumrahnya dibentuk daripada apa yang dialaminya dan pengalamannya dalam kehidupan. Berdasarkan apa yang ada dalam pantun-pantun lama, kita boleh lihat bagaimana masyarakat masa itu melihat sesuatu perkara.
Daripada pegangan itu, maka bolehlah kita melihat bagaimana orang dahulu melihat bunga-bunga. Apa jenis bunga-bunga yang biasa dibuat pantun? Bagaimana bunga-bunga itu digambarkan dalam penghasilan pembayang? Dan adakah terdapat kombinasi bunga-bunga tertentu dalam pembayang?
Apa jenis bunga-bunga yang biasa digunakan dalam pembayang pantun?
Sorotan ini terhad kepada pantun-pantun yang sempat saya teliti dalam Kurik Kundi Merah Saga. Secara teori, apa sahaja jenis bunga yang wujud boleh dimasukkan ke dalam pembayang untuk dibuat pantun. Pun begitu, terdapat nilai-nilai puitis, nilai-nilai lama bagi bunga-bunga tertentu dalam penghasilan pembayang. Dan untuk penilitian ini, saya menganggap nama bunga yang berbeza walaupun sebenarnya merujuk kepada bunga atau spesies yang sama sebagai “bunga” yang berlainan.
Berikut adalah bunga-bunga yang dalam penelitian saya ada digunakan dalam pembayang-pembayang pantun.
Melur | Melati | Kenanga | Cempaka | Sena |
Kemboja | Ros | Mawar | Seroja | Anggerik |
Bunga raya | Bunga kertas | Bunga delima | Bunga sirih | Bunga kenidai |
Bunga tanjung | Bunga keduduk | Bunga rampai | Bunga inai | Bunga lada |
Bunga pekan | Bunga pengaya | Bunga wilanda | Bunga angsana | Bunga cina |
Senarai di atas bukanlah senarai lengkap. Ini setakat yang dapat saya ambil daripada sampel pantun-pantun yang diteliti. Contohnya bunga siantan tiada dalam senarai tak bermaksud tiada langsung pantun yang menggunakan siantan. Contoh lain ialah bunga Akasia. Pernah saja saya dengar pantun yang menggunakan Akasia dalam pembayangnya, tetapi untuk sorotan kali ini tidak dimasukkan kerana penelitian ini terhadap sampel yang saya ambil.
Jadi, apa pengajaran yang dapat kita ambil daripada senarai bunga-bunga ini?
Bunga-bunga ini wujud dalam pembayang boleh kita anggap kerana wujud interaksi pemantun dengan bunga itu dalam kehidupan sehari-sehari. Ini bunga-bunga yang ada, yang wujud, yang boleh dibuat pembayang. Menggunakan bunga-bunga ini dalam pantun akan memberi satu nuansa autentik, satu rasa lama dalam pantun yang dibuat.
Contoh, agak janggal jika kita hendak menghasilkan pantun yang bersifat lama, tapi menggunakan bunga-bunga yang namanya wujud hanya selepas pemodenan, selepas globalisasi. Jadi jika kita dengar pemantun menggunakan tulip dalam pembayangnya, boleh la kita katakana pemantun pernah berinteraksi atau sekurang-kurangnya tahu kewujudan tulip. Oleh itu pemantun sudah tentu tahu kewujudan negara beriklim sejuk yang lain daripada Malaysia contohnya.
Bunga-bunga yang moden memberi gambaran pantun dihasilkan dalam konteks moden. Setakat ini belum lagi la saya dengar pantun yang terus memanfaatkan nama saintifik bunga. Pun begitu jika penggunaannya baik, dan tidak janggal, saya berasa tiada salah. Sekali lagi, pantun dan khususnya pembayangnya ialah rekod pengetahuan/ilmu alam Melayu. Masyarakat Melayu kini sudah terdedah dengan ilmu-ilmu saintifik global. Jadi apa salahnya untuk masyarakat Melayu zaman ini menzahirkan pengetahuan sezaman tersebut dalam pantun sebagai cerminan mereka dan sebagai rekod untuk penelitian generasi akan datang pula.
Selain itu, dengan mengetahui bunga-bunga yang biasa digunakan dalam pantun, kita bolehlah untuk ambil tahu lebih dalam mengenai bunga-bunga tersebut, supaya nanti bila digunakan dalam pantun tidak akan kedengan janggal.
Contoh jika saya hasilkan pantun
Bunga melur tumbuh menjalar, merah warnanya dahan berduri; Bersikap jujur dan penuh sabar, tanda akhlak dan ilmunya tinggi.
Sekilas kelihatan biasa pantunnya. Pembayangnya menggunakan bunga melur sebagai unsur. Tetapi, jika diteliti pembayang ini janggal. Melur tidak tumbuh menjalar, dan melur warnanya putih (tak tahu la kalua ada hybrid melur jadi warna merah) dan ada ke pokok melur yang berduri dahannya?
Jadi secara mudah, pembinaan pembayang memang terpulang kepada kreativiti pemantun, dan nampak senang. Tetapi perlu ingat, pembayang juga perlu “Make Sense”. Jika tidak, pembayang itu akan gagal berfungsi sebagai rekod, gagal menjadi cerminan ilmu alam Melayu. Akhirnya pada mata yang teliti, pantun itu jadi polos, kurang molek.
Oleh itu, ada baiknya untuk kita melihat pantun-pantun lama dan ambil daripadanya apa sifat-sifat yang biasa dikaitkan dengan bunga-bunga yang digunakan. Teliti bagaimana bunga-bunga itu digambarkan. Sebagai contoh, kita teliti penggunaan bunga melur dalam pantun-pantun seperti berikut:
Dalam 18 pantun di atas, kita dapat perhatikan apa sifat-sifat, fungsi, dan tempat-tempat yang dikaitkan dengan bunga melur. Daripada pantun-pantun di atas kita rumuskan seperti berikut:
Sifat: bertangkai, berkuntum, kembang, kembang sekaki, berjinjang-jinjang, harum
Fungsi: dibungkus dalam kertas, ditaruh dalam lipatan kain (wangian), dibuat pemanis sanggul,
Tempat: bungkusan kertas, lipatan kain, batu (jatuh ke batu), dalam cerana, kawasan hulu
Dengan penilitian seperti kita sedikit sebanyak dapat ketahui bagaimana untuk gambarkan bunga melur jika hendak digunakan dalam pantun. Perkara yang sama dapat digunakan dalam meneliti perihal bunga kenanga dalam pantun.
Seperti bunga melur tadi, kita dapat rumuskan sifat-sifat, fungsi dan tempat yang dikaitkan dengan bunga kenanga seperti berikut:
Sifat: hijau kuning, bunga boleh dipetik, harum, mekar, kembang sekaki, molek, mekar, berkelopak, berbatang dengan dahan yang susah nak dipatahkan (perlu dikapak), daun luruh
Fungsi: dihisap kumbang, bunga kenangan, motif pakaian, dibuat karangan
Tempat: surau, taman, atas bukit
Dan seterusnya untuk bunga-bunga yang lain. Bagi bunga-bunga yang lain, kita tinggalkan sebagai satu latihan kepada para pembaca. Apa yang diperlukan hanyalah masa dan kegigihan untuk meneliti pantun-pantun yang berkaitan.
---
Selain meneliti sifat-sifat, fungsi atau tempat yang dikaitkan dengan bunga-bunga tertentu, kita juga boleh meneliti kombinasi bunga-bunga yang digunakan dalam pembayang. This is definitely another level of complicatedness and though it seems like unnecessary, it can give an insight to how flowers are used in pantun.
Kita ambil satu contoh daripada sampel pantun bunga melur:
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Daripada pantun di atas, kita dapat kenal pasti bunga melur dan bunga raya digunakan bersama dalam pembayang. Hal ini kita gambarkan seperti berikut:
Melur --> Bunga Mawar
Seterusnya,
Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu.
Dalam pantun ini pula, bunga raya digandingkan dengan bunga melur:
Bunga raya --> Melur
Dan seterusnya bagi sampel-sampel pantun yang lain. Hasil penelitian ini, kita dapat hasilkan satu graf yang menggambarkan kombinasi bunga melur dengan bunga-bunga lain dalam pembayang, seperti berikut:
Jika kita seterusnya bandingkan graf sesuatu bunga dengan graf bunga-bunga lain, kita akan dapat hasilkan satu graf besar yang dapat menggabarkan pertalian penggunaan bunga-bunga dan apa kombinasi yang dapat dijumpai.
Graf ini bukanlah menjadi syarat untuk penghasilan pembayang yang menggunakan unsur bunga, tetapi ia lebih kepada panduan. Contoh, bunga apa yang selalu dibuat wangian bersama atau kombinasi bunga apa selalu dijadikan bunga rampai. Selain itu, kita juga dapat meneliti jenis-jenis bunga yang sesuai digandingkan dalam menaikkan seri pembayang pantun.
Much more need to be said about this graph, and this method is not limited to flowers only. for example, my very first usage of graph to analyse pantun is on the pantun Dari mana punai melayang which resulting in the following graph.
*Only 2 labels has been put, the rest is kept until our next entry to discuss about this
Therefore, we will dedicate another entry to focus on this method and perhaps to touch deeper on the graphs on flowers above.
Kesimpulan entri kali ini ialah pertama untuk kita jadi lebih teliti terhadap binaan pembayang pantun. Penggunaan sesuatu unsur dalam pantun bukan sekadar hiasan semata, bukan setakat untuk dapatkan rima hujung pantun. Lebih daripada itu, pembayang panting berfungsi sebagai rekod dan cerminan ilmu alam Melayu sendiri.
Selain dapat memberi insight kepada pengetahuan-pengetahuan orang dahulu atau berkenaan zaman dahulu, penelitian terhadap pembayang pantun dapat juga memberi ilmu kepada pemantun untuk menghasilkan pantun-pantun yang baik. Jadi, jangan pandang sambal lewa terhadap unsur-unsur dalam pantun, dan jangan bersikap malas dan terlalu ringan apabila mahu menghasilkan pembayang pantun. Pantun yang kita hasilkan ialah cerminan pengetahuan kita.
Till then.
Comments