top of page
Writer's picturepantunandstuffs

Pantun Berkait: Baris Serangkap

Dalam entri terdahulu kita ada bincangkan tentang apa itu pantun berkait dan jenis-jenisnya (rasanya macam dua jenis je yang dibincangkan).


Pantun berkait ialah kumpulan pantun empat kerat, ataupun mudahnya satu siri pantun empat kerat yang berkait atau bertaut antara satu rangkap dengan rangkap yang lain dalam siri tersebut. Kaitan itu boleh jadi dalam bentuk mesej atau tema ataupun dalam bentuk perkongsian ciri sepunya (common feature).


Kebiasaannya apabila kita bercakap tentang pantun berkait, yang kita fahami dan terima ialah pantun-pantun tersebut mestilah terdiri daripada pantun 4 kerat (4 lines). Dan ini juga pengalaman sendiri; tidak pernah nampak pantun berkait itu rangkap-rangkapnya diperbuat daripada pantun 6 kerat atau lebih.


Persoalannya di sini, bolehkah kalau dibuat begitu?


Untuk menjawab soalan ini, kita perlu lihat kaedah menghasilkan pantun berkait. Bagi jenis yang pertama, pantun berkait secara langsung, format tetapnya perlu diikut; baris kedua dan keempat sesuatu rangkap mestilah dijadikan baris pertama dna ketiga rangkap seterusnya.


Maksudnya di sini, ada kelangsungan atau kesinambungan bagi bahagian pembayang (baris kedua iaitu baris terakhir pembayang sesuatu rangkap dijadikan baris pertama iaitu permulaan pembayang rangkap seterusnya) dan juga bahagian maksud (baris terakhir maksud sesuatu rangkap dijadikan aris ketiga atau permulaan maksud rangkap seterusnya).


Formula ini berkesan dan wajar jika setiap rangkap itu terdiri daripada 4 baris; dua baris pembayang (1 mula, 1 akhir) dan dua baris maksud (1 mula, 1 akhir). Tetapi, bagaimana pula jika kita ingin menggunakan pantun lebih daripada 4 kerat? Contohnya pantun 6 kerat. Baris mana yang perlu diulang semula dalam rangkap seterusnya supaya ada kaitan?


Just for fun, kita cadangkan beberapa bentuk:

Di sini logiknya mudah; bahagian pembayang dan maksud rangkap seterusnya mestilah dimulakan dengan baris-baris yang ada dalam bahagian pembayang dan maksud rangkap sebelumnya.


Contoh pertama mengambil baris kedua pembayang dan maksud rangkap sebelumnya, kemudian diteruskan dengan penambahan 1 baris baharu bagi pembayang dan maksud.


Contoh kedua pula mengambil baris terakhir pembayang dan maksud rangkap sebelumnya, kemudian diteruskan dengan penambahan 2 baris baharu bagi pembayang dan maksud.


Tapi sebab benda ni tak pernah wujud, tak pernah dibuat orang, penulis sendiri merasakan tidak tahu cara yang mana sepatutnya diambil jika benar sangat mahu membuat pantun berkait yang terdiri daripada pantun 6 rangkap.


Bagaimana pula jika pantun 8 rangkap yang mahu digunakan?

Contoh pertama guna penambahan 1 baris baharu bagi pembayang dan maksud, contoh kedua menambah 2 baris baharu manakala contoh ketiga menambah 3 baris baharu. Kan jadi rumit tu. Mungkin sebab itu jugalah orang dulu-dulu buat pantun berkait hanya guna pantun 4 rangkap.


Asasnya mudah, bagi setiap rangkap berikutnya kita perlu menambah baris pembayang dan maksud baharu. Jika rangkap yang digunakan terdiri daripada 4 rangkap, sudah tentu nak tak nak setiap penambahan baharu dalam rangkap berikutnya hanyalah terdiri daripada satu baris pembayang dan satu baris makna.


Tak boleh tambah dua baris pembayang dan dua baris makna baharu kerana jika berbuat begitu, tiada pertautan dengan rangkap sebelumnya, dan tidaklah jadi pantun berkait, bukan?


Tetapi bagi pantun lebih dari 4 kerat, boleh jadi penambahan baris pembayang dan makna baharu dibuat lebih daripada satu baris pada setiap rangkap berikutnya seperti yang telah kita tunjukkan di atas. Oleh itu, waraslah jika bentuk yang wujud bagi pantun berkait secara langsung ini hanya terdiri daripada pantun 4 kerat sebab akan kurang perbalahan tentang bentuk mana yang lebih baik.


Juga perlu diingatkan, semakain banyak jumlah kerat sesuatu rangkap pantun, semakin kurang impaknya terhadap penyampaian.

Sedangkan biasa sahaja kita kehilangan kaitan antara pembayang pertama dengan maksud pertama bagi pantun berkerat panjang, inikan pula untuk kita mendapat kaitan antara dua rangkap yang berturut yang jaraknya jauh-jauh.

Contoh di atas kita tunjukkan berapa banyak selang baris antara pasangan pembayang dan maksud dalam rangkap yang sama (biru) serta jarak antara pembayang dalam satu rangkap serta pembayang yang sama diulang dalam rangkap seterusnya (merah). Lebih banyak selang baris kiranya lebih jauh dan sukar untuk kita dengar pengulangan rima dan pengulangan bari tu.


Contoh yang menggunakan pantun 8 kerat, by the time kau masuk baris maksud rangkap pertama, entah-entah kau dah tak ingat apa bunyi Pembayang 2. Jadi bila masuk rangkap seterusnya, mungkin sahaja feelingnya jadi seperti dua rangkap tersebut tiada kaitan apa-apa pun.


Pantun berkait yang terdiri dari rangkap lebih 4 kerat mungkin akan berbunyi aneh atau janggal sedikit penyampaiannya. So, rakan-rakan budiman, please stick to using pantun 4 kerat bila hasilkan pantun berkait secara langsung ni ya.


Hidup nak kreatif sangat pun tak boleh juga. Ada sebab kenapa secara turun-temurun ia dibuat sedemikian.


Sekian.


1,299 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page